Salam Sejahera
Kepada rakan-rakan guru-guru yang mengambil KISSM, keputusan anda boleh disemak mulai 23 Disember 2012 di sini
10/12/2012
06/12/2012
Mutiara Kata (4)
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
01/12/2012
Mutiara Kata (3)
"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
25/11/2012
Mutiara Kata (2)
"Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela." ~ Napoleon Bonaparte
24/11/2012
Instrumen Penilaian KSSR Subjek Bahasa Melayu
Salam Sejahtera..
Di sini dikongsikan bersama pautan blog yang ada menyediakan contoh instrumen penilaian KSSR subjek Bahasa Melayu sekolah rendah,,
klik di sini..
Di sini dikongsikan bersama pautan blog yang ada menyediakan contoh instrumen penilaian KSSR subjek Bahasa Melayu sekolah rendah,,
klik di sini..
23/11/2012
Kata Sendi Nama
Kata tugas lain tidak membentuk frasa
Kata tugas digunaan sebelum kata nama dan frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama | Tugas/contoh |
di | Menunjukkan tempat (di pejabat)Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci) |
ke | Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam) |
dari | Menunjukkan tempat atu arah datangMenunjukkan waktu atau masa |
kepada | Menunjukkan sasaran/ditujukanMenunjukkan bahagian sesuatu Menunjukkan perubahan keadaan |
daripada | Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga) Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada) |
pada | Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya) Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam) |
untuk | Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja) |
bagi | Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang. |
demi | menunjukkan tujuanmenunjukkan urutan Untuk menegaskan sesuatu |
tentang | Menunjukkan rujukan |
dengan | Menunjukkan turut sertaMenunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan Menunjukkan benda yang digunakan Menunjukkan persamaan |
sejak, semenjak | Menjadi penanda waktu atau masa |
terhadap | Menunjukkan rujukan yang tentu |
oleh | Menunjukkan pembuat dalam ayat pasifMenunjukkan sebab |
akan | Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif |
hingga, sampai | Menunjukkan had masa atau peringkat |
seperti, bagai, umpama, laksana, bak | Menunjukkan perbandingan |
22/11/2012
Kata Nama
1.Kata nama terbahagi kepada kata nama am dan kata nama khas.
2.Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara umum.
3.Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara khusus.
20/11/2012
Mutiara Kata (1)
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille
19/11/2012
Pengorbanan Guru
Salam Sejahtera
Sememangnya pengorbanan guru tiada tolok bandingnya... Hargai mereka yang bertungkus lumus mendidik kita walau seberapa sukar sekalipun..
Sememangnya pengorbanan guru tiada tolok bandingnya... Hargai mereka yang bertungkus lumus mendidik kita walau seberapa sukar sekalipun..
18/11/2012
Kaedah Suku Kata
Salam sejahtera...
Kali ini saya ingin berkongsi bahan bantu mangajar 'Kaedah Suku Kata' bersama pembaca sekalian.
BBM ini sesuai digunakan bagi mengajar murid-murid yang mengikuti kelas LINUS.
Semoga bahan tersebut membantu anda semua..
Kali ini saya ingin berkongsi bahan bantu mangajar 'Kaedah Suku Kata' bersama pembaca sekalian.
BBM ini sesuai digunakan bagi mengajar murid-murid yang mengikuti kelas LINUS.
Semoga bahan tersebut membantu anda semua..
klik pada gambar ini untuk mendapatkan bahan
17/11/2012
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
Salam sejahtera.
Berikut dikongsikan serba sedikit tentang Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru dilancarkan baru-baru ini.
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.
Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:
1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan sila klik di sini
Berikut dikongsikan serba sedikit tentang Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru dilancarkan baru-baru ini.
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.
Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:
1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan sila klik di sini
16/11/2012
15/11/2012
Tips Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR Bahagian A
Bahasa Melayu Pemahaman
BAGI membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik. Seperti yang diketahui, kertas 1 mempunyai dua bahagian iaitu tatabahasa dan pemahaman. Kedua-dua bahagian ini mempunyai teknik menjawab yang berbeza.
1.1 Tatabahasa
Pastikan anda sudah menguasai kesemua bahagian tatabahasa. Ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami terlebih dahulu sebelum anda menjawab soalan. Di bawah ini merupakan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh calon sewaktu hendak menjawab soalan bahagian tatabahasa.
1.1.1 Faham
Calon perlulah memahami kesemua pilihan jawapan yang disediakan. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan yang diberikan. Calon hanya cuba mengagak maksud jawapan berkenaan. Kebiasaannya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan. Catatlah secara ringkas maksud pilihan jawapan berkenaan. Contoh:
A memberi menyampaikan sesuatu
B mengirim menghantar menerusi sesuatu
C membalas menjawab surat
D menerima mendapat sesuatu
1.1.2 Baca
Bacalah ayat yang disediakan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Kadang-kadang ada pilihan jawapan yang seolah-olah boleh dipilih sebagai jawapan. Pilihan jawapan yang sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap utama.
Contoh:
Ayah ._____ sepucuk telegram dari kampung.
1.1.3 Kesan
Anda perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Bulat atau gariskan klu berkenaan. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan anda memilih jawapan yang tepat.
(Bulatkan perkataan ‘dari’ sebagai klu jawapan yang menunjukkan ayah menerima)
Ayah _____ sepucuk telegram dari kampung.
1.1.4 Pilih
Peringkat ini adalah peringkat paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut kehendak soalan. Pengganggu yang diberikan sudah pasti akan mengelirukan adik-adik. Oleh itu, fahamilah betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.
Ayah _____ sepucuk telegram dari kampung.
A memberi menyampaikan sesuatu
B mengirim menghantar menerusi sesuatu <-- Pengganggu yang hampir tepat
C membalas menjawab surat
D menerima mendapat sesuatu <-- Jawapan yang paling tepat
Calon-calon, pastikan:
* 1 soalan hanya ada 1 - 1 1/2 minit sahaja.
* Jangan membuang masa dengan cuba menjawab soalan yang susah.
* Jawab soalan Bahagian Tatabahasa (Soalan 1 hingga Soalan 30) terlebih dahulu.
* Peruntukan masa antara 15 hingga 20 minit untuk Bahagian Tatabahasa.
* Jawab soalan yang lebih mudah dahulu.
* Segera jawab soalan Bahagian Petikan.
* Peruntukan masa 10 minit untuk setiap petikan.
* Baki masa untuk tujuan menyemak semula jawapan.
1.2 Pemahaman
Calon-calon hanya perlu menjawab 10 soalan sahaja dalam bahagian pemahaman. Namun begitu setiap soalan amat berkait rapat dengan petikan yang disediakan. Untuk menjawab soalan pemahaman, calon perlulah memperbanyakkan latihan menjawab kerana bahagian ini memerlukan kemahiran yang tinggi dalam hal memahami petikan. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan sewaktu hendak menjawab soalan petikan ialah:
1.2.1 Baca dan faham
Calon-calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dahulu. Selepas itu, barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan sesekali menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dahulu.
1.2.2 Cari pembayang jawapan
Kebiasaannya klu atau pembayang jawapan berada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut. Pastikan klu berkenaan berkait rapat dengan soalan.
…Lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid proses membuat kerepek di kilang.
1.2.3 Penyesuaian
Sesuaikan pembayang yang anda garis dengan pilihan jawapan yang diberikan. Teliti dan fahami betul-betul sebelum memilih jawapan.
Apakah tujuan utama program lawatan diadakan? (soalan)
… bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid proses membuat kerepek... (pembayang jawapan)
1.2.4 Memilih
Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang yang digaris, pilihlah jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih pilihan jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam petikan.
Berdasarkan catatan di atas, apakah tujuan utama program lawatan diadakan?
A Menyedarkan murid-murid betapa susahnya mencari rezeki.
B Meraikan sambutan dan hari terbuka yang diadakan oleh pihak kilang.
C Menggalakkan murid-murid agar menyertai industri membuat kerepek.
D Menambahkan pengetahuan murid berkenaan proses membuat kerepek.
Langkah-langkah diatas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu, beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon-calon tidak melakukan kesilapan. Antara kelemahan-kelemahan tersebut ialah:
* Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.
* Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.
* Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan.
* Membuang masa dengan soalan yang susah.
* Keliru dengan pengganggu yang hampir sama ejaannya atau maknanya.
* Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.
* Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.
* Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR.
Ingat!
Kira jumlah tanda hitam adalah cukup 40. Jika kurang, ini bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dengan dua jawapan. Selamat menghadapi UPSR 2010. Semoga berjaya!
14/11/2012
Tips Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR Bahagian B
Bahasa Melayu Penulisan
BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.
Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.
BAHAGIAN A
Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:
Langkah pertama
Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).
Langkah kedua
Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.
Langkah ketiga
Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).
Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam dewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari Kebangsaan.
Langkah keempat
Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.
Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan "mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.
Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.
Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.
Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.
Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.
BAHAGIAN B
Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karangan yang baik.
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit. Petua untuk Bahagian B, calon mesti menggunakan FMK (Formula Menulis Karangan), iaitu kaedah menulis karangan berdasarkan perenggan 233332.
Setiap karangan mempunyai enam perenggan. 233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tiga ayat.
Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkan kelihatan lebih kemas.
Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.
Langkah pertama - Pilih soalan
Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab. Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menulis karangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya.
Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya: Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda terdengar jeritan orang meminta tolong.
Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu. Kunci soalan ini ialah "Ceritakan tindakan". Kehendak soalan ialah "menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan", manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat. Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong.
Langkah kedua - Merangka karangan
Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada "Peta Minda", "Melakar Isi" atau "Teknik Penyoalan".
Langkah kedua - Menulis karangan
Pastikan ada enam perenggan. Pastikan juga tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon yang masukkan isi dalam perenggan pengenalan itu. Contohnya:
1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh melancong di dalam atau luar negara.
Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2. Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan dengan menggunakan kaedah ICK iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC (isi, kesan dan contoh).
Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti dalam bentuk rumusan, nilai, pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.
Langkah keempat - Semak karangan
Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih untuk menjawab Bahagian C.
BAHAGIAN C
Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.
Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu.
Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. Pengajaran bagi ayat ini ialah "menghargai", manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah "Abang mengucapkan terima kasih".
Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan iaitu:
Langkah pertama
Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah "mengulang kaji". Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.
Langkah kedua
Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya:
a) Pengajaran - Rajin
b) Perbuatan - mengulang kaji pelajaran
c) Mengapa - lulus periksa
Langkah ketiga
Membina ulasan lengkap, contohnya: Kita mestilah rajin dengan mengulang kaji pelajaran agar lulus dalam peperiksaan. Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih menarik.
Langkah keempat
Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul.
Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat, iaitu 1 jam 15 minit, calon perlu bijak menguruskannya. Masa yang dicadangkan untuk Bahagian A ialah tiga minit untuk memahami gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk menyemak. Untuk Bahagian B (10 minit faham soalan dan bina rangka karangan, 25 minit hasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan).
Untuk Bahagian C (lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulis ulasan lengkap dan lima minit lagi menyemak). Lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B dan C.
13/11/2012
KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
untuk sambungan, sila baca di sini
12/11/2012
SUKU KATA TERBUKA
Salam sejahtera...
Kali ini saya ingin berkongsi satu bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan bagi murid-murid yang sedang mengikuti program LINUS di sekolah masing-masing.
Guru-guru boleh memuat turun video ini di youtube sekiranya berminat.
Kali ini saya ingin berkongsi satu bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan bagi murid-murid yang sedang mengikuti program LINUS di sekolah masing-masing.
Guru-guru boleh memuat turun video ini di youtube sekiranya berminat.
11/11/2012
Guru Yang Memberi Inspirasi
Salam sejahtera...
Kali ini. saya mahu berkongsi satu video yang menarik.
Semoga video ini dapat menjadi motivasi kepada guru-guru untuk lebih kreatif dan berusaha lebih gigih dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid..
Saksikan video ini.
10/11/2012
Penggandaan dan Pengimbuhan Kata Majmuk
salam sejahtera..
Semalam saya telah berkongsi tentang kata majmuk bersama kalian semua.
Untuk kali ini, kita akan membincangkan berkaitan penggandaan dan pengimbuhan kata majmuk tersebut.
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis
balai-balai raya
suku-suku kata
jirim-jirim organik
Menteri-Menteri Besar
Penolong-Penolong Pendaftar
gambar-gambar rajah
kapal-kapal terbang
garis-garis pusat
model-model linear
Naib-Naib Censelor
ketua-Ketua Menteri
Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap;penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya:
anak emas-anak emas
ayam tambatan-ayam tambatan
kaki bangku-kaki bangku
buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan
pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha
Pengimbuhan kata majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:
i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk → bercampur aduk
litar selari → berlitar selari
ambil alih → mengambil alih
temu bual → ditemu bual
daya serap → daya serapan
ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.
Contohnya:
campur aduk → mencampuradukkan
daya serap → kedayaserapan
garis pusat → mengarispusatkan
satu padu → menyatupadukan
tunjuk ajar → menunjukajarkan
Dipetik daripada buku Tatabahasa Dewan Jilid 2:Perkataan, Dewan Bahasa dan Pustaka,1989.
09/11/2012
Kata Majmuk
Selamat Sejahtera...
untuk kali ini, penulis mahu berkongsi tentang penggunaan kata majmuk dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok, iaitu seperti yang berikut:
a) kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas
Contohnya:
alat tulis
bandar raya
tengah hari
jam tangan
meja tulis
bom tangan
kapal terbang
kuning langsat
Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya
Duta Besar
Perdana Menteri
Raja Muda
Setiausaha Politik
Naib Censelor
Profesor Madya
Timbalan Ketua Pustakawan
Ketua Setiausaha Negara
b) kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah
Contohnya:
lesung sendi
kanta tangan
mata pelajaran
pita suara
darah panas
kertas kerja
c) kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa
Contohnya:
bulan madu
manis mulut
tumbuk rusuk
berat tangan
kaki ayam
buah hati
duit kopi
makan angin
Bentuk kata majmuk yang telah mantap
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut adalah:
antarabangsa
apabila
apahal
apakata
apalagi
bagaimana
barangkali
beritahu
bumiputera
darihal
daripada
dukacita
jawatankuasa
kakitangan
kepada
kerjasama
manakala
manalagi
olahraga
padahal
pesuruhjaya
sediakala
setiausaha
sukacita
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
Dipetik daripada buku Tatabahasa Dewan Jilid 2:Perkataan, Dewan Bahasa dan Pustaka,1989.
08/11/2012
Bahan Mengajar Literasi
Kali ini, saya akan berkongsi bahan-bahan latihan murid yang sesuai digunakan untuk mengajar literasi Bahas Melayu tahap 1. pembaca boleh memuat turun bahan-bahan tersebut di sini...
untuk perhatian anda semua, fail tersebut dalam bentuk zip. anda hanya perlu meng'extract' nya untuk mendapatkan fail tersebut...
klik pada gambar ini
29/10/2012
Pemula Kata
Syukur ke hadrat tuhan atas kejayaan menerbitkan blog lilin pendidik ini. Semoga perkongsian bahan terbitan dalam blog ini berguna untuk pembaca semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)