CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10/11/2012

Penggandaan dan Pengimbuhan Kata Majmuk


salam sejahtera..

Semalam saya telah berkongsi tentang kata majmuk bersama kalian semua.
Untuk kali ini, kita akan membincangkan berkaitan penggandaan dan pengimbuhan kata majmuk tersebut.

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.

Contohnya:

alat-alat tulis
balai-balai raya
suku-suku kata
jirim-jirim organik
Menteri-Menteri Besar
Penolong-Penolong Pendaftar
gambar-gambar rajah
kapal-kapal terbang
garis-garis pusat
model-model linear
Naib-Naib Censelor
ketua-Ketua Menteri

Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap;penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.

Contohnya:

anak emas-anak emas
ayam tambatan-ayam tambatan
kaki bangku-kaki bangku
buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan
pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha

Pengimbuhan kata majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.

Contohnya:

campur aduk                       →            bercampur aduk
litar selari                           →            berlitar selari
ambil alih                            →            mengambil alih
temu bual                           →            ditemu bual
daya serap                         →            daya serapan
ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.

Contohnya:

campur aduk                        →            mencampuradukkan
daya serap                          →            kedayaserapan
garis pusat                          →            mengarispusatkan
satu padu                           →            menyatupadukan
tunjuk ajar                          →            menunjukajarkan


Dipetik daripada buku Tatabahasa Dewan Jilid 2:Perkataan, Dewan Bahasa dan Pustaka,1989.

No comments:

Post a Comment